Aug 13, 2007

P.E.M.I.M.P.I.N

Saya dapat emel dari seorang sahabat. Gambar yang ada memang meliarkan lobus fikir saya. Hidup seorang pemimpin. Yang terpaling bawah tu, amat menarik pandangan.







"alah, itu sekadar emel"

Ya, mungkin ada yang kata begitu. Tapi, baik juga nak gambarkan bahawa pemimpin itu masih menghormati tetamu :)

Etika dalam Islam, masih berbatas. Itulah pakaiannya Muslim. Tak mudah diperkotak-katikkan. Ada jatidiri. Dan orang lain mahu faham.

-------------------------

Waktu sekolah dulu ada rombongan Jepun datang ke sekolah. Saya sebagai sebahagian warga terbabit, bersikap ramah dan mengalu alukan mereka. Orang Jepun, kan :)

Tiba satu masa, ada seorang lelaki Jepun menghulur tangan mahu bersalam. Saya tergamam. Muka saya jadi biru gamaknya waktu tu. Yang saya fikir, "perlukah saya bersalam dengannya???"

Mujur ada seorang cikgu bersama. Tapi, reaksi cikgu tu? Beliau telah menjeling sebagai arahan supaya saya sambut salam itu.

Saya teragak-agak. Tapi, sambut juga tangan lelaki itu. Mahu pengsan rasanya.

-------------------------

Tingkatan 3, saya didatangi kakak angkat dan bakal abang ipar. Mereka lawat saya di sekolah. Kejadian yang sama. Bila 'brader' tu hulur tangan. Saya cepat-cepat masukkan tangan di belakang tudung. No excuse!

Pantas kakak angkat saya 'menyelamatkan' keadaan..

"Err..dia budak kelas agama..."

Brader tu angguk-angguk dan tarik semula tangannya.

Saya lepas nafas lega.

['Budak kelas agama??' Kalau saya bukan budak kelas agama, mengapa pula???]

-------------------------

Dewasa ni, saya belajar banyak tentang etika dan yang buat saya terpinga-pinga juga adalah tentang etika bekerja tu sendiri. Cikgu saya di Gombak cakap, waktu interview nanti, nak atau tidak kita kena sambut salam orang yang akan interview kita.

"Lelaki? Bukan Muslim? Muslim cikgu?"

"no matter what!"

Huh?? Saya gumam sendiri. Maaf ya [saya mungkin kelihatan kolot di mata orang-orang 'besar']

Tapi, saya tak faham. Mengapa? Mengapa perlu bersalam begitu.

Mengapa :(

Ia. Protokol. Professional. Tapi, itu aliran mana? Siapa yang perlu ikut siapa? Islam yang dominasi. Perlukah Muslimah dan Muslim mengikut protokol itu? ...sedang ini pun negara kita.

Lim Tat pun tahu orang Islam kena puasa. Mutusamy pun faham, orang Islam kena solat.

Jepun masih maju, walau nak cakap Inggeris pun kelam kabut. Kita??

----------------------

Sayakah yang kolot?? Ini agamaku, ini Malaysiaku? Kenapa rasa tak dijaga, rasa tak selamat dan tenang di Bumiku sendiri?? Sedang jika kita 'firm'...tentu mereka mahu faham, kan?

Oh Tuhan (-_-)

3 comments:

mira said...

salam long. lama tak mengomen. tapi yang ni sangat menarik perhatian..

saya juga ada pengalaman. bila semua rakan perempuan yang sebaya bersalam dengan batch pioneer mrsm. konon lambang hormat. mereka sebaya orang tua kita.

kepala panas. mereka dah di depan, tinggal saya di belakang, teragak² nak ke depan.

abang tu dah hulur tangan. akhirnya..

saya tundukkan kepala cuma sambil senyum. tak mampu sangat rasanya nak langkaui batas yang dah ditetapkan Tuhan tu...

mereka senyum kembali. tapi dalam hati saya menangis.. oh, bangsa melayuku... kenapa kalian tak faham...???

Anonymous said...

Rupanya isu ini akan tetap muncul, sejak dari dulu lagi. :) Saya pun tidak berkecuali.

Tangan sudah dihulur, perlukan disambut? Asalnya saya sendiri (kefahaman seorang yang masih lagi mencari), akan berkata: 'Sambut saja tapi kemudiannya kita perlu beritahu dia kita tidak boleh bersalam.'

Lama-lama saya sedar sendiri. Apa saya ini begitu 'bersopan' hingga sanggup menjadi hikpokrit?

Sudah lama isu ini tidak timbul, saya lebih selesa bergaul dengan kaum hawa saja. Baru-baru ini saya diingatkan semula.

Apabila vendor datang ke pejabat, satu-satu datang menghulurkan tangan (serta kad). Saya yang terkesima, sambut tangan yang pertama tanpa fikir panjang (tanpa menyedarinya). Kali kedua baru saya sedar, saya sambut saja kad mereka (pegang kad dengan kedua-kedua belah tangan) dan menyebut nama sebagai perkenalan.

Sepanjang hari saya memikirkan kejadian itu.

Risau.

Mentor_ulung said...

ai mira, ai lenny....kita ada pengalaman yg sama kiranya :)

lenny, bila cakap ttg manusia, selagi mata belum terpejam...isu2 begini pasti akan bergumpalan semula, dan kemudian dilerai2kan..

[...sampai bila ntahla]

..cuma, yg bagusnya, kita sering tertanya, apakah metod yg paling sesuai untuk dieksprsi bersesuaian dgn tiap2 permasalahan yg ada :)

kita akan terus berdepan dgn isu2 begini...sbb naluri manusia smakin jauh dari fitrah yg sebenar. kita terlalu menjaga hub sesama kita...always please people :p

....how many among us who are actually 'tutup mata, pekak telinga' bila isu2 ni muncul???

ramai, kan?? dan yg memerhati dan membiarkan juga ramai...yg merasa turut merana.. *_*